Saturday, February 7, 2015

Kelebihan Android Yang Telah di "ROOT"

Hi korang. Teks kat bawah ni ada cerita sikit kelebihan pada smartphone/telefon korang selepas DIROOT...
So, read it... Ni pun ambil dari blog orang lain...  Hihihi.. Sorry ye pemilik blog tersebut...

1) Buang Aplikasi 'Bloatware'
     Pengeluar smartphone seperti Samsung, LG, Motorola, Sony dan sebagainya tampil dengan UI dan aplikasi pre-installed masing-masing. Tidak dapat dinafikan ada daripada aplikasi yang tersedia langsung tidak dapat digunakan oleh pengguna, dan aplikasi begini yang dipanggil 'bloatware'. Namun selepas ROOT, aplikasi begini boleh dibuang jika difikirkan selamat untuk berbuat demikian.

2) Overclock CPU Smartphone
     Ada diantara pengguna lebih gemar dengan penggunaan ROM standard, tetapi menginginkan prestasi yang baik, proses overclock boleh dilaksanakan setelah smartphone di ROOT. Proses ini membolehkan pemproses beroperasi lebih pantas daripada yang disarankan dengan bantuan aplikasi seperti SetCPU, tetapi ini berkemungkinan menyebabkan kepanasan CPU dan hayat CPU menjadi pendek.

3) Merakam Video Skrin Smartphone
     Pasti ramai pengguna ingin merakam video skrin smartphone untuk pelbagai tujuan. Kaedah yang paling mudah dan murah untuk merakam video skrin antaramuka smartphone yang telah di ROOT adalah dengan menggunakan aplikasi Screencast. Video akan dirakam dengan lancar dan disimpan dalam format MP4.

4) Memasang Custom ROM
     Salah satu sebab utama smartphone Android di ROOT adalah bertujuan untuk memasang custom ROM. Custom ROM ini kebiasaannya akan menjadikan smartphonelebih laju berbanding dengan ROM standard. Ia juga menampilkan paparan UI, fungsi yang diperbaharui dan dipertingkatkan yang tidak terdapat dalam ROM standard.

5) Menggunakan WiFi Hotspot Secara Percuma
     Sesetengah negara, telco tidak membenarkan pengguna berkongsi sambungan Internetsmartphone dengan peranti lain menggunakan fungsi Tethering, malah pengguna akan dikenakan yuran untuk menggunakan fungsi tersebut. Tetapi, bagi smartphone Android yang telah di ROOT, mereka boleh menggunakannya secara percuma dengan menggunakan aplikasi Wireless Tether. Di Malaysia bernasib baik kerana telco tidak menyekat kebebasan berkongsi sambungan Internet pada smartphone.

6) Menukar Resolusi Skrin
     Smartphone Android yang telah di ROOT, boleh mengubah resolusi skrin dengan sokongan aplikasi LCD Resolution. Dengan bantuan aplikasi ini, saiz ikon dan teks boleh diubah mengikut kesesuaian pengguna. Proses ini boleh dilaksanakan dengan mengurangkan atau menambah sistem DPI yang akan menukar saiz ikon, teks, widgets, dan sebagainya mengikut tetapan yang telah dibuat.

7) Backup Data Smartphone
     Proses backup data yang terdapat pada smartphone akan menjadi jauh lebih mudah apabila smartphone telah di ROOT. Sokongan aplikasi seperti Titanium Backup akan membuatkan backup data smartphone menjadi lebih selamat. Ini juga termasuklah aplikasi yang telah di install, aplikasi sistem, dan segala data yang disimpan dalam memori kad.

SUMBER : http://topengkembali.blogspot.com/

Cara untuk Root dan Unroot Telefon Android

AMARAN @ NOTA : Pihak kami tidak bertanggungjawab sekirannya peranti korang mempunyai apa-apa masalah. Sila pastikan anda mengikuti langkah demi langkah dengan sebetulnya.

Langkah 1 : Download dan Install Kingo Android Root

LINK Download : Tekan sini atau yang ini. Maklumat lanjut, buka link ini

Langkah 2 :  Sila 'enable'kan "USB Debugging mode" pada telefon korang. Kalau telefon korang menjalankan Android 4.0 atau 4.1, pergi Settings, Developer Options, kemudian 'tick' pada petak yang tertulisnya "USB debugging." (Korang kena 'switch on' dulu "Developer options" sebelum korang buat "USB debugging. Pada Android 4.2 dan kemudian pula, (kalau x de "Developer options" dalam Settings, pergi Settings, About Phone/Device, dan tap "Build number" sebanyak 7 kali. Pada masa tu juga, korang akan nampak satu mesej yang ditulis, " You are now a developer!" Maknanya dah ada "Developer options kat Settings korang. Lepas tu, teruskan step yang dicakap di atas tadi untuk 'enable' USB debungging.

Langkah 3 : Jalankan Kingo Android Root kat PC korang, kemudian sambungkan telefon korang pada PC korang dengan menggunakan kabel USB sync korang. Lepas tu, dalam program tu, ada tunjuk sambungan (connection) dalam program tu. Kalau dah connected, teruskan langkah seterusnya.

Langkah 4 : Tekan Root, lepas tu korang duduk diam dan relaks dan jangan ganggu apa2 dengan PC korang tu untuk elakkan berlaku apa2 masalah.

Tu je.. Senang kan. Tapi kalau korang nak "unroot" balik telefon korang, run balik Kingo Android Root, sambungkan telefon korang, dan tekan "Remove Root"

Dan... Siap!

Pembukaan rasmi Blog Pengguna Android

Salam ceria youallls...

Selamat datang ke blog Pengguna Android ini. Seperti biasa, blog ini dibina khas kepada semua pengguna Android di Malaysia untuk berkongsi pendapat (review) aplikasi dan ROM yang disunting ataupun bahasa paling senang 'Custom OS/ROM', dan juga untuk berkongsi masalah yang dihadapi pada semua peranti Android termasuklah tablet dan juga telefon pintar (smartphone).

Dengan tulusan ikhlas dari hati saya, saya akan merasmikan pembukaan blog Pengguna Android ini. Terima kasih =D


Apakah itu Rooting @ Root?

Rooting adalah proses yang membolehkan pengguna telefon pintar, tablet dan peranti lain yang menjalankan sistem operasi Android mudah alih untuk mencapai kawalan istimewa (dikenali sebagai "root access") dalam sub-sistem Android.

Rooting  sering dilakukan dengan matlamat mengatasi limitatiomvns bahawa pembawa dan pengeluar perkakasan meletakkan pada beberapa peranti. Oleh itu, perakaran memberi keupayaan (atau kebenaran) mengubah atau menggantikan sistem aplikasi dan tetapan, menjalankan aplikasi khusus yang memerlukan keizinan pentadbir-peringkat, atau melakukan operasi lain yang sebaliknya tidak boleh diakses kepada pengguna Android biasa. Pada Android, perakaran juga boleh memudahkan penyingkiran yang lengkap dan penggantian sistem operasi peranti, biasanya dengan pelepasan yang lebih terkini sistem operasi semasa.

Sebagai Android berasal dari kernel Linux, pengakaran peranti Android memberikan akses yang sama kebenaran pentadbiran seperti di Linux atau mana-mana sistem operasi Unix seperti lain seperti FreeBSD atau OS X.

Capaian root kadang-kadang berbanding peranti jailbreaking menjalankan sistem operasi Apple IOS. Walau bagaimanapun, ini adalah konsep yang berbeza. Jailbreaking menerangkan pintasan beberapa jenis larangan Apple untuk pengguna akhir: mengubah suai sistem operasi (dikuatkuasakan oleh "pemuat but dikunci"), memasang aplikasi diluluskan bukan secara rasmi melalui sideloading, dan memberikan keistimewaan pentadbiran peringkat pengguna tinggi. Hanya sebilangan kecil peranti Android mengunci mereka pemuat but-dan banyak vendor seperti HTC, Sony, Asus dan Google dengan jelas memberikan keupayaan untuk membuka kunci peranti, malah menggantikan sistem operasi sepenuhnya. Begitu juga, keupayaan untuk sideload aplikasi biasanya dibenarkan pada peranti Android tanpa kebenaran root. Oleh itu, ia adalah terutamanya aspek ketiga iOS jailbreaking berkaitan dengan memberi pengguna keistimewaan superuser pentadbiran yang paling langsung ada hubung kait dengan Android rooting.

Ringkasan :

Secara ringkasnya root ini adalah satu proses
untuk memberikan pengguna smartphone untuk
akses penuh untuk membuat sebarang
perubahan terhadap sistem di dalam smartphone
kita.. Kebanyakan sistem di dalam smartphone
kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.... Konsep dia lebih kurang macam jailbreak iPhone tp yg ni utk Android