Saturday, February 7, 2015

Kelebihan Android Yang Telah di "ROOT"

Hi korang. Teks kat bawah ni ada cerita sikit kelebihan pada smartphone/telefon korang selepas DIROOT...
So, read it... Ni pun ambil dari blog orang lain...  Hihihi.. Sorry ye pemilik blog tersebut...

1) Buang Aplikasi 'Bloatware'
     Pengeluar smartphone seperti Samsung, LG, Motorola, Sony dan sebagainya tampil dengan UI dan aplikasi pre-installed masing-masing. Tidak dapat dinafikan ada daripada aplikasi yang tersedia langsung tidak dapat digunakan oleh pengguna, dan aplikasi begini yang dipanggil 'bloatware'. Namun selepas ROOT, aplikasi begini boleh dibuang jika difikirkan selamat untuk berbuat demikian.

2) Overclock CPU Smartphone
     Ada diantara pengguna lebih gemar dengan penggunaan ROM standard, tetapi menginginkan prestasi yang baik, proses overclock boleh dilaksanakan setelah smartphone di ROOT. Proses ini membolehkan pemproses beroperasi lebih pantas daripada yang disarankan dengan bantuan aplikasi seperti SetCPU, tetapi ini berkemungkinan menyebabkan kepanasan CPU dan hayat CPU menjadi pendek.

3) Merakam Video Skrin Smartphone
     Pasti ramai pengguna ingin merakam video skrin smartphone untuk pelbagai tujuan. Kaedah yang paling mudah dan murah untuk merakam video skrin antaramuka smartphone yang telah di ROOT adalah dengan menggunakan aplikasi Screencast. Video akan dirakam dengan lancar dan disimpan dalam format MP4.

4) Memasang Custom ROM
     Salah satu sebab utama smartphone Android di ROOT adalah bertujuan untuk memasang custom ROM. Custom ROM ini kebiasaannya akan menjadikan smartphonelebih laju berbanding dengan ROM standard. Ia juga menampilkan paparan UI, fungsi yang diperbaharui dan dipertingkatkan yang tidak terdapat dalam ROM standard.

5) Menggunakan WiFi Hotspot Secara Percuma
     Sesetengah negara, telco tidak membenarkan pengguna berkongsi sambungan Internetsmartphone dengan peranti lain menggunakan fungsi Tethering, malah pengguna akan dikenakan yuran untuk menggunakan fungsi tersebut. Tetapi, bagi smartphone Android yang telah di ROOT, mereka boleh menggunakannya secara percuma dengan menggunakan aplikasi Wireless Tether. Di Malaysia bernasib baik kerana telco tidak menyekat kebebasan berkongsi sambungan Internet pada smartphone.

6) Menukar Resolusi Skrin
     Smartphone Android yang telah di ROOT, boleh mengubah resolusi skrin dengan sokongan aplikasi LCD Resolution. Dengan bantuan aplikasi ini, saiz ikon dan teks boleh diubah mengikut kesesuaian pengguna. Proses ini boleh dilaksanakan dengan mengurangkan atau menambah sistem DPI yang akan menukar saiz ikon, teks, widgets, dan sebagainya mengikut tetapan yang telah dibuat.

7) Backup Data Smartphone
     Proses backup data yang terdapat pada smartphone akan menjadi jauh lebih mudah apabila smartphone telah di ROOT. Sokongan aplikasi seperti Titanium Backup akan membuatkan backup data smartphone menjadi lebih selamat. Ini juga termasuklah aplikasi yang telah di install, aplikasi sistem, dan segala data yang disimpan dalam memori kad.

SUMBER : http://topengkembali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment