Saturday, February 7, 2015

Cara untuk Root dan Unroot Telefon Android

AMARAN @ NOTA : Pihak kami tidak bertanggungjawab sekirannya peranti korang mempunyai apa-apa masalah. Sila pastikan anda mengikuti langkah demi langkah dengan sebetulnya.

Langkah 1 : Download dan Install Kingo Android Root

LINK Download : Tekan sini atau yang ini. Maklumat lanjut, buka link ini

Langkah 2 :  Sila 'enable'kan "USB Debugging mode" pada telefon korang. Kalau telefon korang menjalankan Android 4.0 atau 4.1, pergi Settings, Developer Options, kemudian 'tick' pada petak yang tertulisnya "USB debugging." (Korang kena 'switch on' dulu "Developer options" sebelum korang buat "USB debugging. Pada Android 4.2 dan kemudian pula, (kalau x de "Developer options" dalam Settings, pergi Settings, About Phone/Device, dan tap "Build number" sebanyak 7 kali. Pada masa tu juga, korang akan nampak satu mesej yang ditulis, " You are now a developer!" Maknanya dah ada "Developer options kat Settings korang. Lepas tu, teruskan step yang dicakap di atas tadi untuk 'enable' USB debungging.

Langkah 3 : Jalankan Kingo Android Root kat PC korang, kemudian sambungkan telefon korang pada PC korang dengan menggunakan kabel USB sync korang. Lepas tu, dalam program tu, ada tunjuk sambungan (connection) dalam program tu. Kalau dah connected, teruskan langkah seterusnya.

Langkah 4 : Tekan Root, lepas tu korang duduk diam dan relaks dan jangan ganggu apa2 dengan PC korang tu untuk elakkan berlaku apa2 masalah.

Tu je.. Senang kan. Tapi kalau korang nak "unroot" balik telefon korang, run balik Kingo Android Root, sambungkan telefon korang, dan tekan "Remove Root"

Dan... Siap!

No comments:

Post a Comment